Wednesday, July 28, 2010

Pesan roh…..

Pesan roh kepada manusia hidup…..

Apbila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata – kata dan seluruh isi alam sama ada di langit dan dibumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
“wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana ALLAH untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan – lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selapas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
“wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
“ Demi Allah , wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil – manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafankan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat
.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:
“Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak- anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan tidak akan dapat kembali lagi kepada mereka buat selama-lamanya.”

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar anak-anak dan sanak saudaranya buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari ruamh, r0h pula berpesan:
“ wahai kekasih ku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, janganlah kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanku.
“sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan tidak sedikit pun mereka mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan Aku…."
Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment