Thursday, August 19, 2010

hayatilah....=)


Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.

Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.

Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.

Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.

Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.

Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.

Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.

Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.

Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.

Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.





"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama
."

Wednesday, August 11, 2010

buat renungan~


...cOpy from frenz...

Di dalam hadis at-Tirmizi yang ditashihkan oleh al-Albaniy....Rasulullah SAW menceritakan bagaimana seorang hamba dihadapkan kepada Allah SWT...

Lalu Allah bertanya kepadanya," Bukankah Aku telah mengurniakan kamu pendengaran, penglihatan, harta dan anak2.bukankah kamu juga dikurniakan binatng ternak dan sawah ladang?.Aku serahkan kepada kamu mentadbir dan menguruskannya.Apakah kamu pernah memikirkan (di dunia) pertemuan (dengan-Ku) pada hari ini"Apa jawabnya.....".....Tidak pernah (ya-Allah)"Firaman Allah kepadanya :" Hari ini akan Kulupakan kamu sebagaimana kamu pernah melupakan Aku (semasa di dunia)."

scary kan....bergetar jantung baca kowt....moga kita tak lalai dalam arus dunia....marilah kita saling ingat mengingati...Insyaallah...moga2 kita semua dilindungi dalam rahmat nye...

Dulu pernah denga satu Lagu ne...Tombo ati (kak ila yg introduce)Secara ringkas, ubat hati ada 5 perkara:

1)Baca Quran dan maknanya

2)Solat malam dirikanlah

3)Berkumpullah dengan orang-orang soleh

4)Perbanyakkan berpuasa

5)Zikir malam berpanjanglah

huhuhu....so rakan2...saat ney memang kita smua diduga ngan banyak dugaan..ujian...cabaran...sampai kadang2 hati ne x larat,penat,letih,perit...x tau camne nak teruskan...

Tapi kalaulah kita mengerti...apa makna tersirat yang Allah nak bagi kat kita...agar kita sentiasa mungingati dia..agar kita sentiasa dalam dakapan dia....

we always have each other..uhuhuhu...n Allah is always there with us...Dont despair and never lose hope....cause Allah is always on your side(Mohamad zain cakap-mida yg suh ema denga ney)

hehehehe.....renung2kan dan selamat beramal (ala2 ustaz ezy yahya kat HOT FM tue)akhir kata dari saya....rakan2 kue yang kurindui sentiasa.....Selamat Berpuasa ya......moga ramadhan ini, memberi erti....indah bersemi, dihati dan sanubari....INSYA4JJI